Saturday, March 28, 2009
Saturday, February 28, 2009
Tuesday, February 24, 2009
Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Arau , Perlis

Sekolah ini telah ditubuhkan secara rasminya pada tanggal 1 Disember 1991. Pada awalnya sekolah ini hanya menumpang sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Alawiyah, Arau.Bilangan guru seramai 9 orang.
Sekolah ini telah berpindah ke lokasi yang baru pada tahun 1995. Selaras dengan pertambahan jumlah murid - murid, prasarana berupa dua blok bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan pejabat, makmal komputer, bilik muzik, dan banyak lagi bilik-bilik khas telah ditambah. Selain itu sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan sebuah dewan besar yang tersergam indah.Tambahan pula , Sekolah Kebangsaan Arau merupakan diantara sebilangan kecil sekolah rendah di Perlis yang mempunyai dewan tertutup yang dilengkapi dengan sistem mikrofon.
Kata Alu Aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Arau Tuan Haji Adanan B. Long , PJK

§Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. sekolah ini telah berjaya mewujudkan laman web buat kali pertamanya dalam sejarah atas inisiatif, kerjasama dan sumbangan dari Guru Media dan Guru ICT. Matlamat utama pengwujudan laman web ini adalah bagi mempamerkan PSS sekolah Kebangsaan Arau bagi berkongsi segala maklumat dan informasi yang dapat disalurkan bersama-sama sekolah yang lain. Selain daripada informasi terkini ia juga diharap dapat menjadikan ia sebagai portal yang membolehkan semua ibu bapa mendapatkan maklumat anak-anak mereka terus dari rumah.
§ Kepada semua warga pendidik di SK Arau ini, saya berharap agar semuanya dapat memanfaatkan kemudahan ICT dengan meningkatkan kemahiran masing-masing supaya lebih kompeten bagi dalam segala urusan kerja dan juga pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu mewujudkan idea yang kreatif dan inovatif. Guru seharusnya bertindak sebagai ‘role model’ terbaik bagi dicontohi oleh murid-murid dan juga ibu bapa kerana tuntutan dan cabaran masa kini menuntut semua guru berusaha dengan gigih. Kepada para ibu bapa dan komuniti setempat diharap dapat memanfaatkan saluran yang disediakan dan seterusnya menjadikan ia sebagai platform untuk berinteraksi dengan sekolah sekiranya mereka tidak mempunyai kesempatan untuk hadir bagi mendapatkan maklumat dan informasi berkaitan sekolah dan juga anak-anak mereka. Akhir kata saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Warga Guru SK Arau dan Ibu bapa terutamanya kepada Guru Ict dan Guru Media kerana telah memberi sumbangan ikhlas dalam bentuk kepakaran ketika membuat Laman Web PSS ini.. Sama-samalah kita bergerak ke arah dunia globalisasi melalui ICT dan menjadi masyarakat yang berteknologi. Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)